Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah, pada sesi awal urus niaga
Perniagaan

Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah, pada sesi awal urus niaga

Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah, pada sesi awal urus niaga

Foto Arkib Livevartha

KUALA LUMPUR, 9 November-Kegiatan pengambilan untung di tengah-tengah prestasi bursa serantau yang lemah mendorongBursa Malaysia didagangkan rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.87 mata kepada 1,456.73 daripada penutup semalam pada 1,457.60.

Indeks utama memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,456.84, susut 0.76 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikankaunter rugi mendahului kaunter untung 188 berbalas 144, manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,751 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 340.33 juta unit bernilai RM127.01 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street diniagakan bercampur-campur semalaman kerana pelabur masih menjangkakanpersekitaran kadar faedah yang lebih lama dan mengambil sikap berhati-hati menjelang ucapan pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell berkenaan prospek kadar faedah AS pada Rabu.

Ia menambah minat dagangan di Wall Street juga telah beransur perlahan selepas pasaran saham AS mencatatkan peningkatan selama lapan hingga sembilan hari berturut-turut.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS terus turun manakala pelabur akan memantau rapat kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah.

“Justeru, dengan aktiviti perdagangan yang lembap ini, kegiatan pengambilan untung akan terus dilihat dalam ekuiti tempatan,” kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank, Public Bank dan CIMB semuanya tidak berubah, masing-masing pada RM9.12, RM4.21 dan RM5.77.

Tenaga Nasional susut satu sen kepada RM9.91 dan IHH Healthcare lemah dua sen untuk mencatatkan paras RM5.98.

Bagi saham aktif, Swift Haulage menambah empat sen kepada 59 sen, Puncak meningkat satu sen menjadi 43.5 sen, Classita danCSH Alliance masing-masing mengembang setengah sen kepada 6.5 sen dan5.0 sen, Velesto lemah 1.5 sen kepada 24 sen dan Kinergy tidak berubah pada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.26 mata kepada 10,768.12, Indeks FBMT 100 turun 11.76 mata kepada 10,431.30, dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 12.43 mata kepada 10,987.0.

Indeks FBM 70 turun 40.18 mata kepada 14,246.43, manakala Indeks FBM ACE peroleh 38.95 mata kepada 5,169.05.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.06 mata kepada 173.35, Indeks Perladangan berkurangan 1.99 mata menjadi 6,954.37, Indeks Tenaga lemah 6.24 mata kepada 858.71, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 6.55 mata kepada 16,363.70.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...