Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Ekonomi negara berkembang 3.3% pada suku ketiga 2023
Perniagaan

Ekonomi negara berkembang 3.3% pada suku ketiga 2023

Ekonomi negara berkembang 3.3% pada suku ketiga 2023

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 November– Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga 2023 berbanding 2.9% pada suku sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan lebih baik itu disokong permintaan domestik yang kekal berdaya tahan.

\”Daripada sudut perbelanjaan, pengembangan dalam permintaan domestik didorong menerusi perbelanjaan sektor swasta dan awam.\”

\”Pertumbuhan penggunaan swasta yang lebih tinggi mendapat manfaat daripada keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, dengan perluasan dalam keperluan perbelanjaan,\” kata Dr. Mohd Uzir kepada pemberita di ibu negara.

Tambahnya, prestasi eksport kekal perlahan berikutan kelemahan permintaan luaran yang berpanjangan.

Bagaimanapun, keadaan itu diimbangi kemasukan pelancong asing yang kembali pulih.

Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan, pembinaan dan pertanian kekal menyokong pertumbuhan seterusnya mengimbangi penurunan pengeluaran dalam sektor perkilangan.

Secara keseluruhan, ekonomi negara berkembang 3.9% pada tiga suku pertama 2023.

Related Articles

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...