Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi sedikit, permintaan sederhana
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi sedikit, permintaan sederhana

Ringgit dibuka tinggi sedikit, permintaan sederhana

Pada 9.21 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6760/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6785/6825 / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 20 November – Nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi dagangan Isnin meskipun permintaan yang sederhana untuk mata wang tempatan.

Pada 9.21 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6760/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat pada 4.6785/6825.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat ringgit dijangka mempamerkan prestasi yang lebih baik hari ini selepas data utama yang dikeluarkan di Amerika Syarikat minggu lepas menunjukkan Rizab Persekutuan AS mungkin mengamalkan pendirian monetari yang lebih akomodatif pada masa hadapan.

\”Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan semerta pada RM4.6611 berbanding dolar AS,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ambank Research dalam satu nota penyelidikannya menyatakan ringgit mengukuh berikutan keputusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku ketiga yang diumumkan Jumaat lepas adalah lebih baik.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan ekonomi negara berkembang 3.3 peratus pada suku ketiga daripada 2.9 peratus pada suku kedua, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Pada 9.21 pagi, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.1006/1060 daripada penutup Jumaat 5.0771/0814, susut berbanding pound Britain menjadi 5.8282/8344 daripada 5.8056/8105 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1273/1309 daripada 3.1267/1296 sebelum ini.

Mata wang tempatan juga kebanyakan rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 301.8/302.2 daripada 301.9/302.3 tetapi lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4823/4863 daripada 3.4769/4801 pada Jumaat.

Ringgit turut rendah berbanding baht Thai kepada 13.3402/3609 daripada 13.3298/3481 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.40/8.41.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...