Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan EV jenama tempatan mampu dihasilkan pada 2025 – Tengku Zafrul
Perniagaan

EV jenama tempatan mampu dihasilkan pada 2025 – Tengku Zafrul

EV jenama tempatan mampu dihasilkan pada 2025 – Tengku Zafrul

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 November – Kerajaan optimis Malaysia mampu mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) nasional pertamanya pada 2025.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya yakin dengan usaha syarikat pengeluar kenderaan tempatan, yang banyak melakukan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi automotif, sekali gus mempercepat proses pengeluaran EV.

\”Kalau dengar daripada taklimat yang diberikan oleh syarikat-syarikat kereta, Insya-Allah kita dapat capai matlamat yang kita sasarkan pada tahun 2025.

\”Dari segi teknologinya, mereka sudah mula penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga pelaburan dalam EV untuk keluaran tempatan itu sudah ada dan mereka sentiasa kemas kini rancangan tersebut,\” katanya kepada pemberita selepas melancarkan EV Generasi Baharu Smart #1, di sini.

Tambah Tengku Zafrul, beliau yakin Malaysia dapat mengeluarkan kenderaan EV mampu milik, seiring saranan kerajaan agar syarikat pengeluar EV membuat pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia.

Sementara itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan kerajaan akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember ini.

\”Kita akan memberi pencerahan bagaimana pembeli-pembeli motosikal EV yang layak, bagaimana mereka boleh memohon untuk mendapat bantuan tunai ini daripada kerajaan,\” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...