Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Jangkaan AS turunkan kadar faedah, pacu Bursa Malaysia meningkat
Perniagaan

Jangkaan AS turunkan kadar faedah, pacu Bursa Malaysia meningkat

Jangkaan AS turunkan kadar faedah, pacu Bursa Malaysia meningkat

Foto Arkib Livevartha

KUALA LUMPUR, 15 November– Bursa Malaysia memulakan sesi dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Oktober yang membayangkan kemungkinan kempen bank pusat negara maju itu untuk menaikkan kadar faedah telah berakhir.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan harapan bahawa ini akan disusuli dengan langkah Rizab Persekutuan AS (Fed)mengurangkan kadar faedah berkenaan.

Padapukul 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 8.34 mata kepada 1,460.06 dengan peningkatan tersebut turut merentasi hampir kesemua papan indeks.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok1.89 mata kepada 1,453.61 berbanding 1,451.72 pada akhir dagangan Selasa.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu292 berbanding 102 manakala 273 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,713 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 536.83 juta unit bernilai RM136.6 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata prestasi itu mencerminkan aliran kenaikan berturut-turut di Wall Street ketika peniaga amat gembira dengan data IHP bagi Oktoberyang lebih rendah daripada jangkaan pada 3.2 peratus.

\”IHP teras yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga, meningkat pada paras paling perlahan dalam tempoh dua tahun dan memaparkan bahawa kadar Fedtelah pun mencecahkemuncaknya.

\”Berikutan itu, Dow Jones meningkat 1.43 peratus manakala Nasdaq menokok 2.37 peratus berikutan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS yang turun kepada 4.453 peratus,\” katanya kepada Bernama.

Sejajar dengan sentimen optimis diAS, beliau menjangkakan FBM KLCI akan terus mengekalkan momentum positif dan bergerak dalam aliran di paras 1,455-1,465 pada hari ini.

Selain itu, saham perladangan domestik juga berkemungkinan menyaksikan minat belian hari ini apabila harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat melebihi paras RM3,900 satu tan berikutan peningkatan import dari India.

Saham wajaran tinggi menyaksikanHong Leong Financial Group sebaliknya susut apabila turun dua sen kepada RM17.16 manakala Maybank, IHH dan Sime Darby Plantation masing-masing naik empat sen kepada RM9.15, RM5.95 dan RM4.43.

Selain itu, Public Bank naik dua sen kepada RM4.20 dan CIMB menambah tiga sen pada RM5.76.

Bagi saham aktif, Hong Seng meraih satu sen kepada 4.0 sen, Plytec yang baru disenaraikan di Pasaran ACE berkurangan1.5 sen kepada 33.5 sen manakala SC Estate Builder kekal pada 4.0 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 57.45 mata pada 10,787.04, Indeks FBMT 100 menambah 56.60 mata kepada 10,448.72, Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 59.12 mata kepada 11,002.55, Indeks FBM 70 melonjak 63.72 mata kepada 14,242.13 dan Indeks FBM ACE meningkat 46.87 mata kepada 5,163.29.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 70.87 mata kepada 16,392.52, Indeks Perladangan menambah 41.26 mata kepada 6,994.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.73 mata kepada 173.97 dan Indeks Tenaga menokok 2.41 mata kepada 801.89.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...