Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah seiring pasaran serantau
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah seiring pasaran serantau

Pasaran getah ditutup rendah seiring pasaran serantau

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 November– Pasaran getah Malaysia ditutup rendah seiring dengan petunjuk yang lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau ditambah dengan penurunan dalam harga minyak mentah.

Seorang peniaga berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lemah berbanding dolar AS berikutan pemain pasaran memberi reaksi terhadap sasaran ekonomipositifChina bagi 2024.

\”Pemain pasaran juga dilihat sedang mencerna minit yang dikeluarkan oleh Rizab Persekutuan AS,\” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, beliau berkata niaga hadapan getah Jepun lemah pada Rabu berikutan peniaga menilai kesan yen yang kukuh dan harga minyak mentah yang lemah.

Harga minyak sedikit susut pada Rabu selepas data Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan peningkatan ketara dalam inventori AS manakala peniaga terus menunggu pemotongan bekalan olehPertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Data API menunjukkan pembinaan inventori AS empat minggu berturut-turut, menandakan bekalan minyak kekal kukuh manakala permintaan bekalan bahan api mula berkurangan ketika musim sejuk bermula.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut sembilan sen kepada683.5 sen kilogram pada tengah hari manakala lateks pukal turun 1.5 sen pada 544.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 berada pada680 sen sekilogram manakala lateks pukal pada544 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...