Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Malaysia Airlines perkenal semula menu penerbangan
Perniagaan

Malaysia Airlines perkenal semula menu penerbangan

Malaysia Airlines perkenal semula menu penerbangan

Perkhidmatan makanan dan minuman Malaysia Airlines kini diselaraskan sendiri menerusi cabang MAG Catering Operations dengan kerjasama sembilan rakan strategik / Foto RTM

SEPANG, 15 November – Malaysia Airlines memperkenalkan semula perkhidmatan penuh menu penerbangannya melibatkan semua sektor.

Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail berkata perkhidmatan makanan dan minuman Malaysia Airlines kini diselaraskan sendiri menerusi cabang MAG Catering Operations dengan kerjasama sembilan rakan strategik.

Ini termasuk MAS Awana, Syed Food, Sajian Ambang, Kopetro dan Malinja.

\”Malaysia Aviation Group ada kuasa mutlak untuk memperkenalkan menu baharu misalnya dalam tempoh yang singkat kerana tidak melibatkan terlalu banyak rundingan, jadi menu baharu boleh diperkenal terus ke pasaran. Langkah ini juga menyokong inovasi lebih-lebih lagi dalam landskap penerbangan yang kompetitif,\” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Tambah Kapten Izham, pengenalan semula perkhidmatan tersebut mampu dilaksanakan lebih awal dalam tempoh dua bulan, berikutan langkah konsolidasi aset yang berjalan lancar.

Beliau tidak menolak kemungkinan MAG untuk memiliki anak syarikat penuh perkhidmatan katering dengan perbincangan sedang berlangsung berhubung aspek teknikal dan rakan strategik.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...