Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Selangor berjaya peroleh RM88.88 bilion nilai pelaburan
Perniagaan

Selangor berjaya peroleh RM88.88 bilion nilai pelaburan

Selangor berjaya peroleh RM88.88 bilion nilai pelaburan

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han

SHAH ALAM, 16 November – Sebanyak RM88.88 bilion berjaya diperoleh hasil nilai pelaburan menerusi 1,506 projek perkilangan yang diluluskan di Selangor bagi tempoh 2018 hingga Jun 2023.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti negeri Ng Sze Han berkata, daripada jumlah ituRM35.88 bilion adalah daripada modal pelaburantempatan dan RM53.0 bilion daripada modal pelaburan asing.

Katanya, sebanyak 95,610 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan daripada projek-projek perkilangan yang telah diluluskan.

Kerajaan negeri menumpukan industri sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, produk elektrik dan elektronik, kelengkapan serta pengangkutan seperti aeroangkasa dan dron bagi menggalakkan lagi nilai pelaburan seterusnya memacu ekonomi negeri.

\”Selain itu Kerajaan Negeri juga giat menjalankan program promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun virtual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di Malaysia dan luar negara termasuk, misi-misi pelaburan yang akan terus diatur dan dilaksanakan.

\”Industri tumpuan yang akan terus diberi penekanan ialah seperti sains hayat, pembuatan makanan dan minuman (F&B), pembuatan produk elektrik & elektronik, kelengkapan pengangkutan seperti industri aeroangkasa dan dron serta mesin dan peralatan,\” kata Ng Sze Han alam sidang Dewan Negeri Selangor, di sini.

Bagi sektor perkhidmatan pula, kerajaan telah mengenal pasti sektor yang berpotesi untuk berkembang di Selangor antaranya industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.

Pelbagai inisiatif lain untuk menggalakkan pelaburan di Selangor termasuk Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program iaitu satu program untuk membantu mempercepatkan perlaksanaan projek-projek pelaburan dengan sokongan pelaburan yang diperlukan.

Dalam sesi sama, Exco Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan MasyarakatAnfaal Saari berkata memaklumkan populasi warga emas di Selangor diunjurkan berjumlah 1.3 juta orang menjelang tahun 2040.

Menjadi keperluan Selangor sebagai negeri termaju untuk memformulasikan Kerangka Tindakan Ekonomi Penjagaan (Care Economy).

Selaras itu Kerajaan Negerimengadakan Simposium Ekonomi Penjagaan Negeri Selangor melibatkanpemegang taruh serta pakar dari pelbagai bidang.

\”Dalam konteks warga emas, perhatian diberikan kepada isu-isu seputar sektor penjagaan, termasuklah isu undang-undang dandasar, kesihatan awam, kualiti dan inklusiviti perkhidmatan, perlindungan sosial, pekerjaan, inovasi sosial serta kesejahteraan hidup warga emas.

\”Berpandukan hasil perbincangan dan resolusi Simposium tersebut, Kerajaan Negeri akan membangunkan Kerangka Tindakan Ekonomi Penjagaan yang akan mengiktiraf sektor penjagaan sekali gus sebagai persediaan negeri menghadapi fenomena negeri menua dalam beberapa dekad akan datang.

\”Kerangka ini menekankan soal pengagihan semula tanggungjawab penjagaan yang perlu dipikul secara kolektif oleh empat (4) teras utama Ekonomi Penjagaan iaitu Kerajaan Negeri, Swasta, Komuniti dan Keluarga,\” kata Anfaal, di sini.

Setakat Oktober 2023, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah mewujudkan 17 buah Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE) dengan 4,877 orang warga emas berdaftar di PAWE seluruh negeri.

Menurutnya, pihanyaakan memohon empat buah PAWE baru di Selangortahun depandi Shah Alam, Sepang, Gombak dan Hulu Langat.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...