Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Agensi bawah KUSKOP disaran lebih proaktif lahirkan PMKS
Perniagaan

Agensi bawah KUSKOP disaran lebih proaktif lahirkan PMKS

Agensi bawah KUSKOP disaran lebih proaktif lahirkan PMKS

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 16 November- Agensi bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, KUSKOP perlu lebih proaktif dalam melahirkan lebih banyak Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana, PMKS.

Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick, usaha tersebut dapat meningkatkan sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK negara, selain menjana lebih banyak peluang pekerjaan.

\”Sumbangan kepada nilai eksport kita, sumbangan PMKS dalam penjanaan pekerjaan yang pada ketika ini menyumbang 48 peratus sektor tenaga kerja kita akan terus berada pada peratusan yang positif, yang memberangsangkan dan seharusnya lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Penyerahan Dana Fasiliti Program SME Bank iTekad Penjana Komuniti.

Tahun ini, SME Bank menerima RM1.24 juta dana fasilitasi daripada Bank Negara Malaysia untuk diagihkan kepada 249 peserta program.

Sehingga kini, 700 orang usahawan mikro B40 telah meraih manfaat membabitkan dana berjumlah lebih RM4.6 juta.

Sementara itu, sebanyak 48 syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana disasar tersenarai dalam Bursa Malaysia untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Datuk Ewon yakin, sasaran ditetapkan kementeriannya itu mampu direalisasi menerusi Program Rintis Pemangkin PMKS SCORE 5 Bintang.

Related Articles

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...