Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Pengecualian visa sebagai pemudahcara urusan pelaburan, prospek- Penganalisis Ekonomi
Perniagaan

Pengecualian visa sebagai pemudahcara urusan pelaburan, prospek- Penganalisis Ekonomi

Pengecualian visa sebagai pemudahcara urusan pelaburan, prospek- Penganalisis Ekonomi

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 27 November- Pertumbuhan ekonomi negara diyakini positif, berikutan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India, juga Negara Teluk serta lain-lain negara di Asia Barat.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid yakin selain manfaat kepada sektor pelancongan, langkah ini juga sebahagian usaha memudah cara urusan pelaburan khususnya prospek pengembangan perniagaan di Malaysia.

\”Ini adalah satu inisiatif yang menjadi pemudah cara dalam usaha membaiki hubungan di antara kedua negara, Malaysia dan China. Daripada itu juga menjadi pemudah cara kepada hubungan ekonomi kepada langkah perdagangan antara kedua negara dan ia juga membantu dari aspek pelancongan yang sememangnya dititikberatkan oleh kedua negara,\” katanya.

Semalam, Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu turut menegaskan pengecualian visa berkenaan, tertakluk kepada tapisan keselamatan.

Jumaat lepas, Kementerian Luar China memaklumkan negara itu akan melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak, bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia dan lima negara Eropah iaitu Perancis, Jerman, Itali, Belandadan Sepanyol bermula 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...