Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 November- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS bagi hari ketiga berturut-turut hari ini berikutan penurunan permintaan terhadap unit tempatan.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6895/6965 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6800/6860 pada Rabu.

Ketua ekonomi dan kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks harga pengguna China turun 0.2 peratus tahun ke tahun pada Oktober membayangkan People\’s Bank of China akan mengekalkan pendirian monetari akomodatifnya dalam tempoh terdekat ini yang seterusnya akan memberikan lebih banyak sokongan kepada dolar AS.

“Oleh itu, ringgit dijangka kekal lemah selepas mencatatkan peningkatan mendadak pada Isnin,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1050/1099 daripada 3.1045/1087 pada Rabu, tutup berbanding euro kepada 5.0173/0248 daripada 4.9917/9981 dan menyusut berbanding pound Britian kepada 5.7695/7781 daripada 5.7321/7394 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4563/4617 daripada 3.4493/4540 pada Rabu dan turun berbanding baht Thai kepada 13.1802/2065 daripada 13.1453/1670.

Unit tempatan juga jatuh berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.41 daripada 8.35/8.37 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.1 daripada 298.9/299.5.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...