Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Kontrak niaga hadapan MSM ditutup tinggi, didorong kelemahan ringgit
Perniagaan

Kontrak niaga hadapan MSM ditutup tinggi, didorong kelemahan ringgit

Kontrak niaga hadapan MSM ditutup tinggi, didorong kelemahan ringgit

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 10 November– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang lemah, kata peniaga.

Peniaga Minyak Sawit, David Ng berkata peningkatan simpanan stok yang lebih rendah daripada jangkaan seperti yang dilaporkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membantu meningkatkan niaga hadapan MSM.

“Harga minyak mentah dan minyak kacang soya yang lebih kukuh turut menaikkan sentimen lebih tinggi. Kami menetapkan sokongan pada RM3,680 satu tan dan rintangan pada RM3,850 satu tan,” katanya kepada Bernama.

MPOB melaporkan simpanan stok minyak sawit negara meningkat 5.84 peratus kepada 2.45 juta tan pada akhir Oktober daripada angka pada bulan sebelumnya.

Pengeluaran MSM meningkat 5.89 peratus bulan ke bulan kepada 1.94 juta tan pada Oktober manakala eksport minyak sawit meningkat kepada 1.47 juta tan.

Pada penutupan dagangan hari ini, November 2023 dan Disember 2023 masing-masing meningkat RM53 kepada RM3,673 dan RM3,737 satu tan, manakala Januari 2024 naik RM59 kepada RM3,802 satu tan.

Februari 2024 dan April 2024 masing-masing menokok RM60 kepada RM3,839 dan RM3,852 satu tan manakala Mac 2024 menambah RM58 kepada RM3,855 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 53,326 lot daripada 39,895 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 215,538 kontrak daripada 212,522 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi November Selatan meningkat RM30 kepada RM3,700 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...