Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Aktiviti domestik enjin pertumbuhan ekonomi negara
Perniagaan

Aktiviti domestik enjin pertumbuhan ekonomi negara

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 November- Aktiviti ekonomi domestik diunjur terus kekal sebagai enjin pertumbuhan utama bagi suku ketiga 2023.

Menurut Penganalisis Ekonomi, Prof Dr Aimi Zulhaimi Abdul Rashid, perkembangan ekonomi bagi tempoh tersebut akan dipacuterutamanya oleh sektor perkhidmatan.

\”Tetapi daripada segi domestiknya kita dapat melihat banyak segmen perkhidmatan yang disumbangkan oleh pelancongan. Ini yang dikatakan sebagai pelancongan domestik. Ramai pelancong luar negara datang ke Malaysia untuk melawat negara kita,\” katanya kepada pemberita di sini.

Selain itu, pertumbuhan akan turut disokong normalisasi perbelanjaan pengguna selain peningkatan harga minyak yang akan memberi kelebihan kepada eksport produk berkaitan minyak dan gas.

Bagaimanapun, perkembangan ekonomi China dan aktiviti perdagangan global yang perlahan akan mempengaruhi prestasi eksport terutamanya sektor pembuatan.

Berdasarkan indikator sedia ada, beliau berpendapat anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) awalan suku tahunan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sebanyak 3.3 peratus bagi suku ketiga 2023 adalah wajar.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...