Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Bank Islam unjur KDNK sekitar 3.2%, suku ketiga 2023
Perniagaan

Bank Islam unjur KDNK sekitar 3.2%, suku ketiga 2023

Bank Islam unjur KDNK sekitar 3.2%, suku ketiga 2023

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 November– Bank Islam mengunjurkan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku tahun ketiga tahun ini pada sekitar 3.2%, disokong permintaan domestik.

Menerusi nota penyelidikan, bank tersebut menyebut, peningkatan guna tenaga buruh yang tinggi pada 70% juga menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti.

Inflasi yang mereda bagaimanapun, perbelanjaan pengguna kekal sederhana disebabkan ringgit yang melemah, yang turut diterjemah menerusi deposit simpanan individu yang menurun 5.9%.

Pada suku dikaji juga, permintaan luaran sedikit perlahan dengan eksport turun 15.2% berbanding suku sebelumnya.

Situasi itu didorong ekonomi global yang rapuh berikutan persekitaran kadar faedah global yang tinggi, faktor geopolitik, selain isu hartanah di China.

Penganalisis juga menjangkakan KDNK suku tahun keempat 2023 akan menguncup kepada sekitar 2.0%, didorong kadar faedah tinggi kebanyakan bank pusat, selain jumlah eksport yang menurun.

Justeru, Bank Islam mengunjurkan KDNK untuk keseluruhan tahun 2023 pada 3.7%, lebih rendah berbanding unjuran rasmi 4.0%.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...