Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Projek peralihan tenaga, mekanisme pembiayaan akan diwujudkan – Rafizi
Perniagaan

Projek peralihan tenaga, mekanisme pembiayaan akan diwujudkan – Rafizi

Projek peralihan tenaga, mekanisme pembiayaan akan diwujudkan – Rafizi

Foto Hiasan

SUBANG JAYA, 14 November – Mekanisme pembiayaan kewangan bagi projek peralihan tenaga, akan diwujudkan dengan kerjasama institusi perbankan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata inisiatif tersebut sebagai langkah membantu syarikat yang menyertai projek mesra alam atau projek hijau .

\”Sebagai contoh, jika anda membawa peralatan yang bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga, secara definisi, itu bukan projek hijau. Tetapi meningkatkan kecekapan tenaga adalah sebahagian daripada peralihan tenaga.

\”Jadi kami sedang bekerjasama dengan industri perbankan dan kewangan untuk membangunkan satu aliran pembiayaan, yang kita sebut sebagai pembiayaan peralihan,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) 2023, di sini.

Tambah Rafizi, kerajaan katanya telah memperuntukkan RM2 bilion menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk pembiayaan projek peralihan tenaga.

Justeru kata Rafizi, kementeriannya akan bekerjasama dengan institusi kewangan dalam menentukan jenis dan jumlah pembiayaan yang sesuai bagi projek yang terlibat.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...