Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah meningkat ketika akhiri sesi dagangan petang ini
Perniagaan

Pasaran getah meningkat ketika akhiri sesi dagangan petang ini

Pasaran getah meningkat ketika akhiri sesi dagangan petang ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 November- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan pemulihan harga minyak mentah selepas sentimen disokong oleh prestasi menggalakkan di pasaran ekuiti global, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran turut dipacu oleh jangkaan lebih banyak langkah rangsangan yang akan dilaksanakan oleh China.

“Namun begitu, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh nilai ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) dan petunjuk yang lebih lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah prospek pertumbuhan global yang lebih perlahan tahun depan,” katanya.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 5.5 sen sekilogram (sekg) kepada 684.0 sen sekg manakala lateks pukal peroleh 0.5 sen sekg kepada 546.0 sen sekg.

Pada pukul 5.00 petang, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 ialah pada 680.0 sen sekg manakala lateks pukal pada 546.0 sen sekg.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...