Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit kukuh berbanding dolar AS meskipun data perumahan AS lemah
Perniagaan

Ringgit kukuh berbanding dolar AS meskipun data perumahan AS lemah

Ringgit kukuh berbanding dolar AS meskipun data perumahan AS lemah

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 28 November- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong data perumahan Amerika Syarikat (AS) yang lemah, yang dikeluarkan dalam laporan bersama oleh Jabatan Perumahan dan Pembangunan Bandar AS dan Biro Banci AS semalam.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6690/6725 berbanding dolar AS daripada 4.6785/6830 semasa ditutup semalam.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata data perumahan itu telah menguatkan lagi jangkaan kepada penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada suku kedua 2024.

“Jangkaan kepada penurunan kadar ini telah mewujudkan tekanan penyusutan terhadap hasil AS dan dilihat sebagai menyokong ringgit.

“Bagaimanapun saya menjangka sebarang peningkatan tambahan mungkin mengalami kekangan menjelang pengeluaran data inflasi perbelanjaan pengunaan peribadi (PCE) AS lewat minggu ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya data inflasi AS lebih rendah daripada jangkaan, ini berpotensi menyumbang kepada pengukuhan ringgit, mendorong sehingga di bawah paras 4.65.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menokok berbanding euro kepada 5.1140/1178 daripada 5.1220/1269 pada Isnin, namun turun berbanding yen Jepun kepada 3.1430/1456 daripada 3.1334/1366 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.8965/90296 daripada 5.90809.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4948/4976 daripada 3.4961/5000 dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.43 daripada 8.43/8.45 sebelum ini.

Sementara itu, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 13.3629/3791 daripada 13.3181/3381 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 302.4/302.8 daripada 301.9/302.3 semasa ditutup semalam. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...