Friday , 27 December 2024
Home Perniagaan Proton lancar sedan baharu S70, harga bermula RM73,800
Perniagaan

Proton lancar sedan baharu S70, harga bermula RM73,800

Proton lancar sedan baharu S70, harga bermula RM73,800

S70

BUKIT JALIL, 28 November– Proton melancarkan model sedan keluaran baharu, S70 pada harga bermula RM73,800 dengan empat varianiaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata, pihaknyamenyasarkan jualan sebanyak 3,000 unit sebulanbagi tahun pertama pengenalan sedan segmen C yang berasaskan reka bentuk Geely Emgrand itu.

Setakat ini, model terbabit telah menerima kira-kira 1,200 tempahan dan dijangka meningkat kepada 5,000 tempahan menjelang akhir tahun ini.

Tambah Li, varian Premium dan Flagship menerima tempahan tertinggi, namun permintaan bagi varian lain dijangka akan turut meningkat berikutan harganya yang kompetitif.

\”Bukan hanya saiz (yang memuaskan), malah kepintarannya (juga menjadi tarikan). Jadi perlu dilihat secara keseluruhan dan bandingkan dengan pengeluar lain bagi kenderaan segmen C.

\”Strategi kami ialah untuk mendapatkan lebih banyak pengeluaran. Kenapa? Kerana kami mempunyai 10,000 orang pekerja, justeru kami memerlukan jumlah yang setara dengan pekerja dan ekosistem kami,\” katanya selepas pelancaran model berkenaan di Axiata Arena di sini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

S70 tampil dengan tujuh pilihan warna berserta 12 sensor merangkumi kamera monokular, kamera keliling 360 darjah, lima sensor ultrabunyi, 13 Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang ditawarkan pada dua varian teratas S70.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...