Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Loob buka kilang pengeluaran Tealive di Klang
Perniagaan

Loob buka kilang pengeluaran Tealive di Klang

Loob buka kilang pengeluaran Tealive di Klang

Pengasas dan Ketua Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo

KLANG, 30 November- Loob Holding, pemilik jenama Tealive melabur RM10 juta bagi pembinaan kilang pengeluarannya Klang, Selangor.

Menurut Pengasas dan Ketua Eksekutifnya Bryan Loo, penglibatan syarikat dalam sektor pembuatan akan memudahkan pihaknya dalam pengurusan rantaian bekalan, selain menjamin keselamatan makanan dengan kos lebih efektif.

\”Sebelum ini, semua pengilang membeli dari Malaysia atau Thailand, kemudian mereka akan bawa ke Taiwan dan China untuk mengilangkannya sebelum diedarkan seluruh dunia.

\”Jadi jika kita buat sendiri di Malaysia kita akan dapat banyak kelebihan kerana bahannya, yang diperbuat daripada tepung ubi kayu itu berasal dari Malaysia,\”katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi lawatan ke kilang berkeluasan satu ekar ini bersama media.

Buat masa ini, kilang yang beroperasi sejak Mei lalu, menghasilkan kira-kira 100 tan sebulan, bahan bagi produk minumannya.

Syarikat berhasrat untuk meningkatkan kapasiti tersebut kepada 300 tan sebulan menjelang suku pertama tahun hadapan.

Loob juga merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi dari China bagi memastikan Malaysia menjadi hab utama industri makanan dan minuman, sekali gus menarik minat pelabur asing.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...