Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah hari ini
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah hari ini

Pasaran getah ditutup rendah hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Disember– Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, berikutan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas selepas aktiviti pembuatan Asia masih lesu selain kerugian dialami harga minyak mentah.

“Namun begitu, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh nilai ringgit yang lebih lemah berbanding dolar AS dan keyakinan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kenaikan kadar faedah,” katanya.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 3.0 sen sekilogram (sekg) kepada 669.5 sen sekg manakala lateks pukal turun 1.0 sen sekg kepada 543.5 sen sekg.

Pada 5 petang, harga rujukan untuk fizikal SMR 20 adalah pada 666.5 sen sekg dan lateks pukal pada 543.0 sen sekg.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...