Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Data ekonomi Amerika Syarikat akan tentukan kedudukan ringgit minggu depan
Perniagaan

Data ekonomi Amerika Syarikat akan tentukan kedudukan ringgit minggu depan

Data ekonomi Amerika Syarikat akan tentukan kedudukan ringgit minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Disember- Pasaran pertukaran asing dijangka kekal berhati-hati minggu depan dengan tumpuan utama terhadap data utama seperti laporan Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) dan kadar pengangguran yang akan menjadi kritikal bagi prestasi ringgit-dolar US.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan memantau dengan teliti prestasi statistik ini ketika ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menghadiri mesyuarat terakhir untuk tahun 2023 pada 12 hingga 13 Disember depan.

“Sehubungan itu, ringit berkemungkinan didagangkan sekitar RM4.67 hingga RM4.68 berbanding dolar US minggu depan kerana peserta akan kekal berhati-hati sebelum mesyuarat FOMC.

“Unjuran ekonomi suku tahunan dalam kalangan kakitangan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan dipantau rapi untuk mesyuarat FOMC akan datang terutamanya pada ramalan Kadar Dana Fed AS untuk 2024,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Investment Bank berkata walaupun ketiadaan pemangkin makro, ringgit mengatasi prestasi Asean-5 berbanding dolar US pada asas Khamis ke Khamis.

“Ini mungkin disebabkan oleh asas negara yang kukuh dan desakan berterusan kerajaan ke arah penyatuan fiskal. Kebanyakan mata wang pasaran baharu muncul meningkat berbanding dolar US disebabkan oleh kerapuhan yang semakin meningkat dalam pasaran perumahan AS dan jangkaan oleh Fed.

“Bagaimanapun, aktiviti pengambilan untung dan bacaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih baik telah mengehadkan kenaikan ringgit.

Untuk minggu yang baru berakhir, mata wang tempatan itu diniagakan bercampur-campur selepas minit mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS menunjukkan bahawa bank pusat Amerika akan kekal berhati-hati dalam pendekatannya terhadap dasar monetari.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, nilai ringgit menyusut berbanding dolar US kepada 4.6710/6760 daripada 4.6830/6875 seminggu sebelumnya.

Unit tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ringgit naik berbanding euro kepada 5.0900/0954 daripada 5.1059/1108 minggu lepas, rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1591/1627 daripada 3.1295/1327 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.9168/9231 daripada 5.8767/8823 seminggu sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4973/5016 daripada 3.4903/4940 minggu lepas dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 301.5/302.1 daripada 300.8/301.3 dan menguncup berbanding baht Thai kepada 13.3301/3505 daripada 13.1949/2139 ketika ditutup minggu lepas.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.45/8.46. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...