Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan MIA lantik Presiden, Naib Presiden baharu
Perniagaan

MIA lantik Presiden, Naib Presiden baharu

MIA lantik Presiden, Naib Presiden baharu

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Institut Akauntan Malaysia (MIA) telah memilih Datuk Seri Dr Mohamad Zabidi Ahmad sebagai presiden baharunya manakala Saniza Said sebagai naib presiden MIA.

Pelantikan berkuat kuasa pada 1 Disember, 2023,

Mohamad Zabidi dilantik sebagai ahli Majlis MIA pada 15 Disember dan beliau menggantikan Datuk Bazlan Osman yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 30 November lepas.

MIA dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata Mohamad Zabidi membawa banyak pengalaman dalam perbankan dan kewangan Islam kepada peranan kepimpinan kanan MIA itu, beliau diharapkan dapat mengukuhkan advokasi MIA terhadap kewangan Islam dan agenda tadbir urus dan kemampanan alam sekitar, sosial dan korporatnya.

Ketika ini, Mohamad Zabidi adalah penasihat strategik kanan dan ketua wakil serantau untuk Malaysia dan Asia Tenggara di DDCap Limited.

Selain MIA, beliau juga merupakan ahli Institut Pengarah Korporat Malaysia (ICDM).

“Beliau memiliki Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam (AQIF) daripada Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan juga Profesional Bertauliah Kewangan Islam (CPIF) serta ahli Institut Kewangan Islam Bertauliah (CIIF),” kata MIA.

Sementara itu, Saniza telah dipilih sebagai ahli Majlis MIA pada 26 September 2022.

Beliau kini merupakan rakan kongsi audit Saniza & Co dengan lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam pengauditan, pengauditan cukai dan perundingan perniagaan.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...