Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada tengah hari
Perniagaan

Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada tengah hari

Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada tengah hari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 11 Disember– Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini hampir tidak berubah disebabkan sentimen berhati-hati di tengah-tengah kekurangan pemangkin, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.01 peratus kepada 1,442.17 daripada 1,441.97 sewaktu ditutup pada Jumaat.

Indeks barometer itu dibuka rendah 0.65 mata kepada 1,441.32 dan bergerak antara 1,440.40 dan 1,443.30 sepanjang sesi dagangan.

Lingkungan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 406 berbanding 383, manakala 387 kaunter tidak berubah, 1,155 tidak diniagakan dan 23 lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.31 bilion unit bernilai RM1.32 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini berkata, pihaknya menjangkakan minat belian akan berlaku di dalam negara khususnya selepas lawatan Presiden Nvidia, Jensen Huang ke Malaysia.

“Sentimen positif daripada lawatan Huang akan meningkatkan semula minat belian bagi kaunter berkaitan YTL di samping mendorong sektor lain seperti tenaga boleh baharu, air, hartanah, pembinaan dan bahan binaan,” katanya.

Pada masa sama, Malacca Securities meramalkan peningkatan sokongan belian bagi saham minyak dan gas di tengah-tengah pemulihan harga minyak Brent.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing meningkat satu sen kepada RM9.05 dan RM5.77 dan and Petronas Chemicals meraih tiga sen kepada RM7.09.

Sementara itu, Public Bank menyusut satu sen kepada RM4.23 dan TNB turun lima sen kepada RM9.86.

Bagi saham aktif, YTL Corp naik 15 sen kepada RM1.84, YTL Power International menokok 10 sen kepada RM2.52, Ekovest naik 4.5 sen kepada 48.5 sen, Iskandar Waterfront City menambah 12 sen kepada 64 sen dan UEM Sunrise meningkat 8.5 sen kepada 76.5 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 24.60 mata kepada 10,655.28, Indeks FBMT 100 menokok 22.20 mata kepada 10,322.50, Indeks FBM Emas Syariah naik 20.79 mata kepada 10,751.71, Indeks FBM 70 menambah 121.02 mata kepada 14,077.99 dan Indeks FBM ACE meraih 12.08 mata kepada 5,118.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 4.98 mata kepada 16,338.92, Indeks Perladangan meningkat 7.0 mata kepada 6,963.99 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.05 mata kepada 169.75, manakala Indeks Tenaga menguncup 2.36 mata kepada 793.87.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...