Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit dibuka tinggi menjelang rombakan Kabinet
Perniagaan

Ringgit dibuka tinggi menjelang rombakan Kabinet

Ringgit dibuka tinggi menjelang rombakan Kabinet

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 12 Disember– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dalam keadaan dagangan yang berhati-hati dengan pelabur memantau rapat perkembangan semasa termasuk pengeluaran data inflasi AS dan rombakan Kabinet Malaysia.

Pada 9 pagi, nilai ringgit mengukuh untuk mencatatkan paras 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutup Isnin pada paras 4.6805/6850.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata anggaran konsensus telah menempatkan data keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS untuk November 2023 pada 3.1 peratus, susut sedikit daripada 3.2 peratus sebelumnya, manakala IHP teras mungkin kekal pada 4.0 peratus.

Indeks Dolar AS (DXY) dilihat meningkat 0.08 peratus kepada 104.095 mata.

\”Pasaran mencari lebih petunjuk bahawa kadar AS akan diturunkan tahun depan dan dengan yang demikian, akan memberi perhatian pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan datang, terutamanya mengenai unjuran 2024,\” katanya kepada Bernama.

Mesyuarat FOMC selama dua hari akan bermula malam ini.

Dalam unjuran sebelumnya pada September, Mohd Afzanizam berkata Rizab Persekutuan AS melihat penurunan sekitar 25 hingga 50 mata asas dalam Kadar Dana Persekutuan tahun depan.

\”Justeru, pengurangan kadar faedah yang lebih besar untuk tahun depan akan memberi petanda baik kepada ringgit, \” katanya.

Di dalam negara pula, rombakan Kabinet dijangka berlaku hari ini, dan menurut sumber ia membabitkan pelantikan Menteri Kewangan II.

Sumber itu turut menambah majlis mengangkat sumpah Menteri Persekutuan dijadualkan pada 2.30 petang Selasa.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya bergerak lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.8732/8795 daripada 5.8782/8839 pada penutup Isnin dan meningkat berbanding euro kepada paras 5.0326/0380 daripada 5.0414/0462 sebelumnya.

Namun begitu, nilai mata wang tempatan lemah berbanding yen Jepun menjadi 3.2071/2108 daripada 3.2034/2067 semalam.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada penutupan Isnin pada 8.41/8.42, tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 299.2/299.6 daripada 299.6/299.9 sebelumnya, dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.4802/4842 berbanding 3.4830/4866 semalam.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 13.1147/1365 daripada 13.1103/1306 pada tutup Isnin.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...