Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit susut berbanding dolar pada sesi awal
Perniagaan

Ringgit susut berbanding dolar pada sesi awal

Ringgit susut berbanding dolar pada sesi awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Ringgit susut pada sesi awal urus niaga Jumaat walaupun Indeks Dolar Amerika Syarikat (AS) terus merosot ketika jangkaan pasaran mengenai penurunan kadar faedah AS pada 2024 ternyata mengatasi pengumuman data, termasuk Jualan Runcit dan Tuntutan Pengangguran yang lebih positif, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, ringgit turun ke paras 4.6700/6740 berbanding dolar AS daripada 4.6695/6745 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berdasarkan petunjuk jelas daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) minggu ini, pasaran dijangka kembali kepada kemungkinan penurunan kadar faedah bagi strategi jangka masa terdekat.

Kertas Perbendaharaan 10 tahun pula berada di bawah paras empat peratus manakala semua indeks penanda aras ekuiti utama adalah positif.

“Berikutan itu, kemungkinan gandingan ringgit-dolar AS akan melepasi paras sokongan segera pada RM4.6611 hari ini.

“Ringkasnya, mata wang negara sedang pesat membangun berkemungkinan besar positif termasuk ringgit dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.9557/9608 daripada 5.9130/9193 pada akhir urus niaga semalam, rendah berbanding euro kepada 5.1286/1330 daripada 5.0888/0943 namun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2830/2860 daripada 3.2977/3014.

Berbanding mata wang Asean, ringgit juga diniagakan lebih rendah.

Unit tempatan itu susut berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.39 daripada 8.37/8.38, rendah berbanding rupiah Indonesia pada 301.2/301.6 daripada 301.1/301.6, semalam.

Selain itu, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5147/5180 daripada 3.5101/5141 serta susut berbanding baht Thailand kepada 13.3884/4079 daripada 13.3205/3424, sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...