Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup rendah seiring prestasi Comex
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup rendah seiring prestasi Comex

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, menjejaki prestasi niaga hadapan di Comex, Amerika Syarikat.

Pada akhir urus niaga, Disember 2023 susut kepada US$2,047.50 setiap auns troy daripada US$2,056.70 pada Jumaat, Januari 2024 berkurangan pada 2,056.40 daripada US$2,056.70 setiap auns troy manakala Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 pada US$2,065.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 21 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka merosot kepada 236 kontrak daripada 245 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal emas pula berada pada US$2,045.40 setiap auns troy, demikian menurut penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 1 Dis, 2023.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...