Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup rendah ekoran sentimen lemah
Perniagaan

Pasaran getah ditutup rendah ekoran sentimen lemah

Pasaran getah ditutup rendah ekoran sentimen lemah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember– Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran turun untuk ditutup rendah pada Selasa, mengambil petunjuk dari pasaran niaga hadapan getah serantau dan ekuiti global, memandangkan sentimen terjejas akibat rentetan data ekonomi serantau yang lemah, kata peniaga.

Beliau berkata krisis di Timur Tengah yang semakin buruk dan kebimbangan baharu mengenai wabak baharu di China turut menimbulkan sentimen yang suram.

Walau bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh harga minyak mentah penanda aras yang stabil dan ringgit yang rendah sedikit berbanding dolar AS kerana pasaran didorong oleh data ekonomi China yang positif, katanya.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun terus mengalami penurunan pada Selasa untuk mencecah paras terendah dalam tempoh dua bulan apabila peniaga mengekalkan pendirian berhati-hati berikutan data ekonomi yang tidak memberangsangkan di ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Selain itu, kebanyakan saham Asia turut susut hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat kukuh dengan ketara sehingga November didorong jangkaan kadar faedah kurang tinggi oleh Rizab Persekutuan AS, katanya.

“Sementara itu, harga minyak meningkat dalam dagangan Asia pada Selasa kerana tumpuan kekal terhadap potensi peningkatan krisis Timur Tengah, walaupun pengurangan oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) mengecewakan pasaran dan kekukuhan dolar AS pula mendorong dagangan minyak mentah kekal pada hampir paras terendah dalam tempoh lima bulan.

“Pertumbuhan yang tidak dijangka dicatatkan sektor perkhidmatan China pada November adalah satu-satunya perkara positif dalam ekonomi tahun ini, berkembang selama 11 bulan berturut-turut susulan langkah rangsangan berterusan dari Beijing membantu meningkatkan permintaan tempatan,” katanya.

Harga rujukan bagi getah fizikal oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 susut sembilan sen kepada 653.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun dua sen kepada 540.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal GMM 20 berada pada 652.0 sen sekilogram, manakala susu getah pukal adalah 539.5 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...