Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil sepanjang hari ini
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil sepanjang hari ini

Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil sepanjang hari ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Disember – Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM30.53 bilion dan RM29.95 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender RM1 bilion selama tujuh hari dan tender RM500 juta bertempoh 14 hari, serta dua tender repo berbalik melibatkan RM1 bilion, masing-masing untuk 33 hari dan 91 hari.

Selain itu, BNM juga mengumumkan pengeluaran tender Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) pada 8 Dis berjumlah RM2.0 bilion untuk jangka masa 31 hari, ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional berjumlah sehingga RM31.0 bilion dan tender semalaman murabahah RM29.9 bilion. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...