Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut
Perniagaan

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Disember– Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari ketiga berturut-turut meskipun terdapat tanda-tanda pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang lemah mampu mendorong pendirian Rizab Persekutuan (Fed) cenderung ke arah penurunan kadar.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada4.6720/6765 berbanding dolar AS4.6665/6700 ketika ditutup pada Rabu.

Menurut tinjauan Job Opening and Labor Turnover, peluang pekerjaan di AS jatuh kepada8.7 juta pada Oktober,di bawah jangkaan anggaran konsensussebanyak 9.3 juta danturun berbanding rekod tertinggi yang dicatatkan sebanyak 12.0 juta pada Mac 2022.

Ketua EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdMohd Afzanizam Abdul Rashid berkata angka peluang pekerjaan ASyang di bawah jangkaan itu jelas menunjukkan bahawa permintaan buruh yang semakin menurun mungkin mendorong pertimbangan semula pendirian monetari dalam kalangan anggotaJawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Ini amat penting kerana mencapai guna tenaga maksimum adalah salah satu matlamat pencapaian mandatnya, manakala matlamat keduaadalah kestabilan harga, yang berkaitan dengan inflasi, katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata wujud hubungan positif selepas meneliti korelasi antara Kadar PeluangPekerjaan (JOR) dan pertumbuhan Purata Pendapatan Setiap Jam (AHE).

“Oleh itu, jika perniagaan memilih untuk mengurangkan tenaga kerja mereka, ia boleh membawa kepada penawaran gaji yang lebih rendah, sekali gus memberi kesan kepada inflasi, memandangkan kaitannya dengan pertumbuhan gaji,” katanya.

Sementara itu,Mohd Afzanizam berkata data perdagangan China menunjukkan peningkatan, dengan eksport tumbuh 0.5 peratus pada November berbanding anggaran konsensus penguncupan 1.1 peratus.

Ini adalah pertumbuhanpositif pertama untuk eksport China selepas kekal dalam lingkungannegatif selama enam bulan berturut-turut, katanya.

\”Secara keseluruhannya, kami percaya pasaran pertukaran asingmasih dalam keadaan bimbang terhadap hala tuju dasar monetari AS berikutan mesyuarat FOMC terakhir bagi tahun ini yang semakin hampir.

\”Itu boleh menjelaskan mengapa kadar dolar AS-ringgitterus kekal sedikit di atas paras sokongan serta-mertanyapada RM4.6611,\” katanya.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding pound British kepada5.8802/8858 daripada5.8793/8837 ketika ditutup pada Rabu, susut berbanding yen Jepun kepada3.2243/2276 daripada3.1672/1700 sebelum itu.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu hampir tidak berubah berbanding euro kepada5.0359/0408 daripada 5.0356/0394 semalam.

Ringgit jugadiniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Ia susut berbanding peso Filipina kepada8.45/8.46 daripada8.44/8.45 pada Rabu, merosot berbanding baht Thai kepada13.2803/3014 daripada 13.2714/2908 dan turun berbanding dolar Singapura kepada3.4884/4920 daripada3.4801/4830 semalam.

Ringgit juga hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada301.0/301.5daripada 301.1/301.5 sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...