Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Langkah BNM diunjur dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil
Perniagaan

Langkah BNM diunjur dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Langkah BNM diunjur dorong kadar antara bank jangka pendek kekal stabil

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 15 Disember– Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkanRM34.37 bilion manakala dana Islam RM30.80 bilion.

BNM akan melaksanakantender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta selama tujuh hari dan dua tender Qard masing-masingRM700 juta selama tujuh haridan RM200 juta bagi tempoh 14 hari.

Bank pusat itu akan turut menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing RM1 bilion selama 31 hari dan 91 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula dan kemudahan murabahah komoditi bercagar selama satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM35.9 bilion dan RM29.9 bilion untuk tender semalaman murabahah.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...