Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan MATRADE anjur acara misi promosi sektor pembinaan Malaysia di Indonesia
Perniagaan

MATRADE anjur acara misi promosi sektor pembinaan Malaysia di Indonesia

MATRADE anjur acara misi promosi sektor pembinaan Malaysia di Indonesia

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 18 Disember– Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan
acara Misi Pecutan Eksport (EAM) sebagai inisiatif mempromosi syarikat-syarikat pembinaan dan berkaitan ke Indonesiayang dijadualkan pada 18-21 Disemebr ini.

Dalam kenyataannya hari ini, ia berkata delegasi Malaysia merangkumi wakil agensi itu,Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Invest Selangor serta 24 syarikat dan jabatan lain kerajaan pada tahun ini.

“Delegasi Malaysia akan menawarkanperkhidmatan berkualiti tinggi dalam bidang seperti pembinaan, seni bina, projek hartanah, perkhidmatan kejuruteraan, elektronikdan infrastrukturdengan misi itu secara strategik bertujuan untuk penciptaan, pembangunan, pelaksanaandan kemampanan projek,” katanya.

Misi selama empat hari itu akan turut mengetengahkan beberapa siri program bersama Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia (PUPR), (Pihak Berkuasa) Otorita Ibu Kota Nusantara (OIKN), Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu Satu Pintu (DPMPTSP) Kalimantan Utara, Badan Pengusahaan Kawasan Perdagangan Bebas dan Pelabuhan Bebas Batam (BP Batam), Nusantara Global, Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI).

Menurut agensi itu, MATRADE akan menganjurkan sesi pembentangan, perkongsian idea dan mesyuarat padanan perniagaan dengan rakan yang berpotensi untuk mempromosi dan meningkatkan lagi eksport pembinaan dan perkhidmatan berkaitan ke Indonesia.

Timbalan Ketua Pegawai EksekutifSharimahton Mat Saleh berkata industri pembinaan Indonesia dijangka mencecah 333 trilion rupiah Indonesia pada2023.

Ini termasuk 47 peratus dalam sektor awam dan53 peratus dalam sektor bangunan

“Kerajaan Indonesia komited untuk meningkatkan pelaburan dalam sektor prasarana. MATRADE telah menganjurkan acara dan program khusus bagi meningkatkan eksport produk dan perkhidmatan Malaysia ke Indonesia.

“Inisiatif yang sedang dilaksanakan ini menekankan lagi komitmen MATRADE untuk membantu syarikat-syarikat Malaysia dalam merebut prospek perniagaan menerusi kerjasama atau usaha sama strategik.

“Sudah pasti usaha ini akan menumpukan peluang baharu muncul daripada ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan,” katanya.

Pada 2022, jumlah eksport perkhidmatan pembinaan Malaysia mencecah nilai RM6.1 bilion manakala import RM4.8 bilion berbanding keseluruhan eksport perkhidmatan sebanyak RM140.3 bilion.

Kekuatan sektor pembinaan Malaysia adalah bersandarkankeupayaan syarikat-syarikat terbabitmelaksanakan projek, termasuk pembinaan bangunan, jalan raya dan lebuh raya, landasan kereta api, jambatan dan lapangan terbang.

Projek lain adalah seperti loji rawatan air sertakuasa,fabrikasi struktur keluli dan projek pembangunan bercampur seperti perumahan, hotel, kediaman santai dan mewah selainpenyelenggaraan bangunan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...