Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring dengan prestasi positif Wall Street
Perniagaan

Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring dengan prestasi positif Wall Street

Bursa Malaysia dibuka tinggi, seiring dengan prestasi positif Wall Street

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 Disember– Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Jumaat, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman apabila ketiga-tiga indeks utamanya ditutup tinggi secara keseluruhan selepas mengalami penurunan sehari sebelumnya.

Indeks utama itu ialah Purata Perindustrian Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500.

Pada pukul 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.38 mata kepada 1,455.96 daripada 1,455.58 ketika ditutup pada Khamis.

FBM KLCI dibuka 1.18 mata lebih kukuh kepada 1,456.76.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 178 berbanding 133 manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,735 kaunter tidak diniagakan dan 12 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 215 juta unit bernilai RM108.65 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones semalaman menambah 322 mata manakala Nasdaq melonjak 182 mata walaupun hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi pada 3.892 peratus.

Beliau berkata di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup mendatar semalam, diterajui oleh penurunan dalam kalangan saham berkaitan teknologi susulan sentimen kekal berhati-hati menjelang cuti Krismas yang panjang minggu depan.

“Di tanah air, FBM KLCI mencatatkan prestasi berbeza daripada aliran meningkatnya untuk ditutup pada 1,455.58 setelah gagal melepasi paras 1,465 selepas beberapa percubaan.

“Walau bagaimanapun, kami menjangkakan beberapa aktiviti pembelian semasa harga murah berlaku hari ini dan indeks berlegar dalam julat 1,455 hingga 1,465 dengan minat terhadap saham perbankan dan utiliti,” katanya kepada Bernama.

Antara kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.90 dan RM4.28, CIMB susut satu sen kepada RM5.79, Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM9.96, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.21.

Bagi saham aktif, Critical Holdings naik dua sen kepada 60.5 sen, Iskandar Waterfront City menokok 2.5 sen kepada 72 sen, Ekovest naik satu sen kepada 49 sen, manakala Leform dan Kinergy Advancement masing-masing mendatar pada 41.5 sen dan 39 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 8.23 mata kepada 5,234.81, Indeks FBM Emas naik 1.41 mata kepada 10,820.13, Indeks FBMT 100 menokok 0.04 mata kepada 10,485.87, tetapi Indeks FBM 70 susut 10.92 mata kepada 14,575.60 serta Indeks FBM Emas Syariah turun 2.91 mata kepada 11,000.19.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah menambah 0.99 00 mata kepada 858.92, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.01 mata kepada 172.12, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 14.04 mata kepada 16,282.11, manakala Indeks Perladangan susut 4.84 mata kepada 7,027.36 dan Indeks Tenaga turun 1.37 mata kepada 816.65.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...