Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan GLIC dan GLC perlu gembleng tenaga sokong aspirasi negara pacu potensi ekonomi
Perniagaan

GLIC dan GLC perlu gembleng tenaga sokong aspirasi negara pacu potensi ekonomi

GLIC dan GLC perlu gembleng tenaga sokong aspirasi negara pacu potensi ekonomi

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Disember – Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu menggembleng tenaga bagi menyokong aspirasi negara sebagai destinasi pelaburan dan hab ekonomi Islamik bertaraf dunia, melonjakkan pelaburan di sektor digital dan tenaga boleh baharu, serta menggalak sektor sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melebarkan pasaran ke negara-negara serantau.

Perdana Menteri juga merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini dalam usaha memacu potensi ekonomi Malaysia.

Ke arah itu, Anwar berkata beliau menerima baik cadangan daripada Ketua-ketua Pegawai Eksekutif GLIC untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi tempatan.

\”Ini termasuklah menambah baik perbelanjaan daripada kutipan zakat korporat, menjalinkan usaha sama dengan sektor swasta bagi membangunkan penginapan pelajar-pelajar serta menggembleng lebih dana untuk pelaburan di syarikat-syarikat tidak tersenarai dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS),\” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

Beliau turut memberi mandat kepada GLIC untuk meningkatkan pelaburan langsung domestik masing-masing kerana GLIC mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat terbanyak, katanya.

Anwar berkata dengan jumlah saiz aset di bawah pengurusan bernilai RM1.84 trilion, iaitu hampir sama dengan saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia pada tahun ini, GLIC berupaya menggerakkan dan melonjakkan ekonomi Malaysia ke depan.

\”Bagi memastikan misi-misi ini tercapai, kerajaan akan terus mengadakan mesyuarat berkala yang akan dipengerusikan oleh saya atau Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk memantau pencapaian dan kemajuan inisiatif yang diterajui oleh GLIC.

\”Insya-Allah, dengan pendekatan ini, Malaysia akan melangkah lebih cepat ke arah kemajuan yang mampan dan saksama,” katanya.

Semalam beliau telah mempengerusikan mesyuarat dengan ketua-ketua pegawai eksekutif GLIC.

Perbincangan itu adalah mukadimah kepada reformasi GLIC dan GLC agar mereka lebih tertumpu kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...