Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang hujung minggu
Perniagaan

Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang hujung minggu

Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang hujung minggu

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 22 Disember-Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Jumaat dalam pasaran yang agak lengang menjelang cuti hujung minggu yang panjang dengan jualan berlaku terutamanya dalam saham perbankan, perjudian dan perladangan.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun1.20 mata kepada 1,454.38 daripada paras penutup1,455.58 pada Khamis.

FBM KLCI naik1.18 mata untuk ditutup kepada1,456.76 dan bergerak antara paras1,451.99 dan 1,457.86 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 425 berbanding411, manakala 484 kaunter tidak berubah, 986 tidak diniagakan dan12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 2.97 bilion unit bernilaiRM1.84 bilion daripada3.06bilion unit bernilai RM2.09 bilion.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau diniagakan bercampur-campur dalam sesi dagangan lengang menjelang cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

\”Begitu juga, para pelabur melihat2024 sebagai tahun kemungkinan besar Amerika Syarikat akan mengurangkan kadarnya.

\”Di Hong Kong, saham ditutup rendah apabila saham wajaran tinggi Tencent danNetEase memberi reaksi negatif selepas China mengeluarkan peraturan draf untuk mengekang perbelanjaan dan aktiviti perjudian yang berlebihan,” katanya kepada Bernama.

Manakala di pasaran tempatan,Thong percaya jualan baru-baru ini menyediakan peluang bagi pemain pasaran untuk membeli saham berharga rendah.

\”Selain itu, indeks petunjuk pasaran ketika ini didagangkan pada nisbah harga-pendapatan 2024 di bawah 14 kali, berbanding purata lima tahunnya pada 17 kali, menunjukkan lebih banyak potensi peningkatan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Petronas Chemicals naik satu sen kepadaRM7.22,Public Bank susut dua sen kepadaRM4.25, Tenaga Nasional turun satu sen kepadaRM9.99, manakalaMaybank dan CIMB tidak berubah masing-masing padaRM8.89 danRM5.80.

Dalam kalangan kaunter cergas,Classita, Leform danWidad naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada lima sen, 42 sen dan 47 sen,Sarawak Consolidated meningkat1.5 sen kepada89 sen, manakala Top Glove susut satu sen kepada92.5 sen.

Di papan indeks, IndeksFBM 70 meningkat 30.32 mata kepada14,616.84, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 13.47 mata kepada11,003.10, Indeks FBM Emas naik1.20 mata kepada10,819.92, manakala IndeksFBM ACE berkurangan10.38 mata kepada5,216.20 dan IndeksFBMT 100 menyusut0.90 mata kepada10,484.93.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat4.25 mata kepada7,036.45, Indeks Hartanah naik 1.54 mata kepada859.47, Indeks Poduk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.65 mata kepada 172.76 dan Indeks Tenaga menokok 0.58 mata kepada818.60, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot20.98 mata kepada 16,247.09.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada1.65 bilion unit bernilaiRM1.54 bilion daripada1.81 bilion unit bernilaiRM1.84 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran mengukuh kepada574.73 juta unit bernilaiRM69.88 juta daripada427.10 juta unit bernilaiRM46.48 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan PasaranACE berkurangan kepada724.26 juta saham bernilaiRM233.05 juta daripada727.32 juta saham bernilaiRM208.39 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang336.23 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (430.44 juta); pembinaan(83.52 juta); teknologi(150.98 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan(67.62 juta); hartanah(220.93 juta); perladangan(12.65 juta); REITs (5.04 juta), dana tertutup(6,900); tenaga(100.53 juta); penjagaan kesihatan(120.70 juta); telekomunikasi dan media (30.44 juta); pengangkutan dan logistik(24.44 juta); dan utiliti(70.51 juta). – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...