Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Bursa Malaysia, RAM Holdings Bhd lancar platform pengumpulan dana hutang
Perniagaan

Bursa Malaysia, RAM Holdings Bhd lancar platform pengumpulan dana hutang

Bursa Malaysia, RAM Holdings Bhd lancar platform pengumpulan dana hutang

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Bursa Malaysia Bhd dan RAM Holdings Bhd menerusi entiti usaha sama BR Capital, melancarkan platform pengumpulan dana hutang.

Platform tersebut menjadi saluran pengumpulan dana alternatif kepada syarikat kecil dan sederhana yang tersenarai dan tidak tersenarai.

Ia melibatkan keperluan pengumpulan dana sekurang-kurangnya RM5 juta dengan tempoh minimum setahun, melalui penerbitan nota pelaburan dengan penarafan kredit.

Syarikat juga boleh mengakses kumpulan modal baharu melangkaui pasaran borong tradisional, selain menyediakan peluang kepada pelabur untuk mempelbagaikan portfolio.

Penyertaan untuk orang awam akan dibuka pada tahun hadapan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...