KUALA LUMPUR, 25 Disember– Musim perayaan mencetuskan limpahan ekonomi kepada negara.
Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Mad Ithnin Salleh, tiga sektor yang memberikan impak ekonomi pada musim perayaan ialah peruncitan, pelancongan dan pengangkutan.
\”Yang paling penting sekarang adalah hendak memastikan perbelanjaan domestik berlaku.
\”Jadi dalam kes ini, apabila perayaan kita tahu, tidak cukup untuk satu baju, kita akan cari beberapa baju, itu adalah salah satu contoh menunjukkan bahawa walaupun ia berbentuk bermusim tetapi kita telah ada fix seasonal yang boleh membantu merancakkan ekonomi, ia memberi peluang kepada tiga sektor utama yang saya nyatakan\”, katanya.
Tambahnya, walaupun berbentuk bermusim, namun ia memberi kesan yang besar kerana rakyat Malaysia meraikan perayaan pelbagai kaum.
Dr Mad Ithnin berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM, di Angkasapuri.