Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

Kadar jangka pendek kekal stabil berikutan operasi BNM

BNM

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM43.51 bilion dalam sistem konvensional dan RM25.97 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM500 juta untuk 14 hari.

Ia akan turut menjalankan tender Qard bernilai RM900 juta untuk tujuh hari dan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 91 hari.

BNM turut mengumumkan terbitan tender Bil Antara Bank-Bank Islam Bank Negara (BNIBI) berjumlah RM2.0 bilion pada 28 Dis untuk 32 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM44.0 bilion dan RM25.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...