Home Perniagaan OPR kekal 3% tanda ekonomi negara semakin pulih- Penganalisis
Perniagaan

OPR kekal 3% tanda ekonomi negara semakin pulih- Penganalisis

OPR kekal 3% tanda ekonomi negara semakin pulih- Penganalisis

Penganalisis ekonomi, Dr Zokhri Idris

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Kadar Dasar Semalaman; OPR sepanjang tahun ini yang menyaksikan kenaikan 25 mata asas pada Mei iaitu tiga peratus dan kekal hingga hujung tahun mencerminkan ekonomi negara semakin pulih.

Penganalisis ekonomi, Dr Zokhri Idris berkata, ia juga menggambarkan ekonomi semakin berdaya tahan setelah dirundung ancaman COVID-19 ,tiga tahun lalu.

\”Jadi, pengekalan pada 3.0% itu menunjukkan kemampanan para peminjam untuk meminjam dan melunaskan pinjaman mereka dan mereka mampu kerana ada peluang pekerjaan dan peluang perniagaan.

\”Kedua, kita juga melihat bagaimana ia menarik keyakinan dan juga kepercayaan kepada pelabur luar terhadap kadar dasar semalaman 3.0 ini,\”katanya.

Sementara itu, berhubung Pelaburan Langsung Asing, FDI, tambahnya, Malaysia masih mempunyai daya tarikan pelaburan apabila dibuktikan dengan beberapa Perjanjian persefahaman yang telah ditandatangani antaranya bersama Amazon, Tesla dan sebagainya.

Ujarnya, ia seharusnya menjadi fokus kekuatan untuk menempuh tahun 2024 bagi melihat kesinambungan dan pelaksanaan dasar-dasar yang telah dilancarkan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...