Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari kedua berturut-turut
Perniagaan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari kedua berturut-turut

Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari kedua berturut-turut

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Disember– Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan kekurangan pemangkin yang jelas meskipun ringgit lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata sentimen pasaran terus didominasi oleh prospek bank pusat utama di seluruh dunia untuk mula mengurangkan kadar pada 2024, dimulai dengan Rizab Persekutuan AS, namun peningkatan seterusnya dikekang oleh trend bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penyusutan harga minyak mentah.

Peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun dibuka tidak berubah pada Rabu berikutan sentimen optimis disebabkan data industri yang kukuh dan harapan kepada langkah rangsangan di China tidak berjaya untuk meningkatkan harga.

“Keuntungan perindustrian di China pada November mencatat keuntungan dua angka sebanyak 29.5 peratus memandangkan keseluruhan pembuatan semakin baik walaupun permintaan yang lemah terus mengekang jangkaan pertumbuhan perniagaan, mendorong kepada lebih banyak sokongan dasar makro.

“Pertumbuhan kukuh bagi output perindustrian, manakala tiada unjuran daripada sektor lain meningkatkan lagi mesej yang bercampur-campur daripada ekonomi,” katanya.

Beliau berkata harga minyak turut merosot, mengakhiri kenaikan kukuh pada sesi sebelumnya disebabkan gangguan bekalan di Laut Merah dan prospek pengurangan awal kadar faedah AS pada 2024 dengan pemuktamadan kontrak kerajaan AS untuk membeli tiga juta tong minyak yang terus memberikan sedikit sokongan.

Berbanding sesi penutupan dagangan sebelum ini, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menokok 1.5 sen kepada 686 sen sekilogram, manakala susu getah pukal susut 1.5 sen kepada 534.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan untuk SMR 20 fizikal sebanyak 685 sen sekilogram, manakala susu getah pukal sebanyak 534 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...