Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit pulih untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Perniagaan

Ringgit pulih untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit pulih untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Disember- Ringgit pulih semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara maju itu lemah disebabkan kekurangan data utama, kata penganalisis.

Pada pukul 6.00 petang, ringgit meningkat kepada 4.6275/6330 berbanding dolar AS 4.6340/6435 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, aktiviti perdagangan dijangka kekal hambar minggu ini disebabkan kekurangan maklumat penggerak pasaran serta minggu yang singkat.

“Kami berpendapat ringgit berbanding dolar AS sedang bergerak ke arah paras sokongan serta-merta RM4.5778 kerana Rizab Persekutuan dijangka melonggarkan dasar monetarinya pada 2024,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.2453/2494 daripada 3.2517/2586 ketika ditutup semalam.

Mata wang tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.8862/8932 daripada 5.8815/8935 pada Selasa dan turun berbanding euro kepada 5.1152/1213 daripada 5.1044/1148 sebelum itu.

Berbanding mata wang Asia, ringgit menokok sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.5001/5045 daripada 3.5005/5082 ketika ditutup semalam dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.31/8.33 daripada 8.37/8.39.

Ia menyusut berbanding baht Thai kepada 13.4559/4790 daripada 13.3962/4310 ketika ditutup semalam dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 299.8/300.4 daripada 299.2/300.0 sebelum itu. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...