Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Misi Pecutan Eksport MATRADE ke Jakarta jana RM334 juta nilai jualan
Perniagaan

Misi Pecutan Eksport MATRADE ke Jakarta jana RM334 juta nilai jualan

Misi Pecutan Eksport MATRADE ke Jakarta jana RM334 juta nilai jualan

Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Jakarta, P.Suresh

KUALA LUMPUR, 29 Disember- Sejumlah RM334 juta nilai jualan berjaya dijana menerusi Misi Pecutan Eksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia; MATRADE ke Jakarta, Indonesia.

Jumlah itu dicapai menerusi 93 sesi mesyuarat dan padanan perniagaan yang diadakan dari 18 hingga 21 Disember lepas.

Menerusi kenyataan, Matrade memaklumkan, misi itu bertujuan meneroka potensi peluang perniagaan dan kerjasama berkaitan dalam industri pembinaan terutama membabitkan ibu kota Nusantara.

Pesuruhjaya Perdagangan MATRADEJakarta, P.Suresh berkata, projek yang berpotensi untuk diterokai termasuk lebuh raya bertol, bekalan air bersih dan sanitasi, stesen jana kuasa serta telekomunikasi.

Misi yang dijayakan bersama Invest Selangor Bhd itu turut disertai 23 syarikat pembinaan dan perkhidmatan berkaitan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...