Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Semak, kemas kini data PADU untuk penentuan kelayakan terima bantuan – Rafizi
Perniagaan

Semak, kemas kini data PADU untuk penentuan kelayakan terima bantuan – Rafizi

Semak, kemas kini data PADU untuk penentuan kelayakan terima bantuan – Rafizi

Maklumat yang lengkap dan tepat perlu bagi memastikan individu dan isi rumah yang layak, menerima subsidi dan bantuan yang sewajarnya

PUTRAJAYA, 29 Disember – Orang ramai diminta untuk menyemak dan mengemas kini data masing-masing menerusi sistem Pangkalan Data Utama(PADU) selepas ia dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata maklumat yang lengkap dan tepat perlu bagi memastikan individu dan isi rumah yang layak, menerima subsidi dan bantuan yang sewajarnya.

Beliau berkata, jika maklumat tidak dikemaskini, kerajaan akan menggunakan data sedia ada untuk menentukan kelayakan penerima bantuan berkenaan.

\”Seramai sembilan juta orang daripada sektor formal yang mempunyai gaji dan KWSP tetapi lagi tiga juta ini tiada kerana daripada sektor swasta. Jadi, kita memberi ruang kepada mereka mengemaskini maklumat mereka dalam sistem PADU.

\”Walaupun dalam sistem kerajaan mempunyai data namun kami memerlukan rakyat mengesahkan dan mengemaskini data,\” katanya.

Bercakap pada sidang media PADU di sini, hari ini, Rafizi turut memberi jaminan PADU tidak akan diintegrasi dengan mana-mana sistem maklumat daripada bank.

Beliau berkata, sistem bank yang termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tidak membenarkan sebarang perkongsian berkaitan sistem data tersebut.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...