Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan AirAsia Aviation Group lantik Riad Asmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat
Perniagaan

AirAsia Aviation Group lantik Riad Asmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat

AirAsia Aviation Group lantik Riad Asmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat

Riad Asmat sebagai Ahli Lembaga Penasihat AirAsia Aviation Group

KUALA LUMPUR, 30 Disember- AirAsia Aviation Group mengumumkan pelantikan Riad Asmat sebagai Ahli Lembaga Penasihatnya apabila beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Bhd, berkuat kuasa 31 Disember 2023.

Menerusi satu kenyataan hari ini, kumpulan itu memaklumkan, Riad juga akan terus berada dalam Lembaga Pengarah AirAsia Bhd dan Ground Team Red, selain menyediakan kerja-kerja perundingan untuk Capital A Aviation Services.

“Riad, melalui visi strategik dan kepimpinannya, telah memainkan peranan penting dalam menerajui syarikat penerbangan melalui cabaran yang wujud akibat pandemik COVID-19.

“Kepimpinannya telah memainkan peranan penting bukan sahaja mengekalkan syarikat penerbangan dalam tempoh yang tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi turut menempatkannya untuk masa depan yang baik dalam landskap pascapandemik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Bo Lingam berkata Riad akan kekal sebagai sebahagian daripada AirAsia dengan menyertai Lembaga Penasihat.

“Semua operasi kami akan berjalan seperti biasa, tidak terjejas dengan peralihan ini. Kami mahu meneruskan perjalanan kami dengan bimbingan beliau dan mempunyai keyakinan penuh di tangan pasukan yang berkebolehan selain memastikan peralihan yang lancar apabila CEO baharu dilantik,” katanya.

AirAsia akan mengumumkan kemas kini tambahan mengenai penstrukturan semula syarikat dan kakitangan dalam kumpulan dalam masa terdekat. Riad dilantik sebagai CEO AirAsia Bhd pada 10 Jan 2018 dan bertanggungjawab ke atas pengurusan operasi syarikat yang berpangkalan di Malaysia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...