Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Perniagaan

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 2 Januari – Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Selasa susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM42.54 bilion daripada RM44.80 bilion pada sebelah pagi manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM32.91 bilion daripada RM36.0 bilion.

Terdahulu, bank pusat menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan satu tender berbalik.

Bank pusat juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM42.5 bilion dan tender semalaman murabahah RM32.9 bilion. keduaa-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus setakat 29 Disember. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...