Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Agrobank tawar moratorium kepada pelanggan terjejas banjir
Perniagaan

Agrobank tawar moratorium kepada pelanggan terjejas banjir

Agrobank tawar moratorium kepada pelanggan terjejas banjir

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) Agrobank menyediakan pelan bantuan pembayaran kepada pelanggannya terjejas banjir, menerusi penjadualan serta penstrukturan semula pembiayaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, moratorium sehingga enam bulan turut ditawarkan kepada pelanggan yang layak.

Jelasnya, Agrobank proaktif dalam merangka pelan-pelan, khusus untuk mengurangkan beban pelanggan.

Pelanggan yang layak, boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan tersebut bagi membina semula perniagaan masing-masing.

Agrobank akan turut menghubungi pelanggan terlibat bagi membantu mereka mengharungi tempoh mencabar ini.

Maklumat lanjut berkaitan bantuan banjir Agrobank, hubungi pusat perkhidmatan pelanggan atau mohon menerusi laman sesawang seperti yang tertera.

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank terdekat.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...