Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit hampir tidak berubah berbanding Dolar AS
Perniagaan

Ringgit hampir tidak berubah berbanding Dolar AS

Ringgit hampir tidak berubah berbanding Dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Januari– Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis pada paras hampir tidak berubah berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) negara maju itu tidak memberi tempoh masa mengenai tarikh sebenar penurunan kadar faedah utama.

Pada 6.00 petang, Ringgit berada di paras 4.6330/6370 berbanding Dolar AS daripada 4.6300/6355 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Ringgit susut serendah 4.6448 namun kekal di paras 4.6300 sewaktu urus niaga ditutup.

Beliau berkata minit mesyuarat FOMC menunjukkkan Rizab Persekutuan AS berhasrat menurunkan kadar faedah itu pada tahun ini, namun lebih cenderung melakukannya pada akhir 2024.

“Perbezaan antara persepsi pasaran mengenai tempoh pelaksanaannya dan isyarat daripada FOMC, mungkin hanya menjejaskan lagi ketidaktentuan dalam pasaran mata wang,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ini termasuk susut berbanding pound Britain kepada 5.8964/9015 daripada 5.8463/8532 semalam dan rendah berbanding euro kepada 5.0829/0873 daripada 5.0634/0694.

Unit tempatan itu bagaimanapun meningkat berbanding Yen Jepun kepada 3.2185/2215 daripada 3.2462/2502 semalam.

Dalam pada itu, Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit turun berbanding Dolar Singapura kepada 3.4903/4936 daripada 3.4885/4932 semalam dan susut berbanding Peso Filipina kepada 8.35/8.36 daripada 8.33/8.34.

Berbanding Rupiah Indonesia, Ringgit tidak berubah pada 299.0/299.4 daripada 299.0/299.5 dan mengukuh berbanding Baht Thailand pada 13.4500/4687 daripada 13.4824/5063, sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...