Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Ringgit susut pada sesi awal selepas data AS kukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah
Perniagaan

Ringgit susut pada sesi awal selepas data AS kukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah

Ringgit susut pada sesi awal selepas data AS kukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Ringgit meneruskan aliran kurang memberangsangkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat dengan sentimen lebih berpihak kepada unit negara maju itu berikutan jangkaan naratif kadar faedah yang lebih tinggi dan berpanjanganterusketara.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.6420/6480 berbanding dolar AS daripada 4.6330/6370, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkataharapan untuk melihat penurunan kadar faedah dalam masa terdekat semakin sukar selepas laporan Perubahan Pekerjaan ADP menunjukkan pasaran buruh AS terus kekal berdaya tahan dengan jumlah pekerjaan diwujudkan di sektor swasta meningkat sebanyak 164,000 pada Disember berbanding jangkaan pasaran sebanyak 115,000.

Jumlah tuntutan awal pengangguran AS pula turun kepada 202,000 minggu lepas daripada 220,000 sebelum ini.

Data-data itu hanya meningkatkan lagi nota Perbendaharaan dua dan 10 tahun AS yang menokok masing-masing enam dan lapan mata asas untuk ditutup pada 4.38 peratus dan 4.00 peratus.

\”Berikutan itu, ringgit diunjur kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS sekitar 4.63 hingga 4.64 susulan hasratpeserta pasaran menunggu pengumuman laporan penggajian dan kadar pengangguran terkini pada malam ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkatberbanding pound Britain kepada 5.8907/8983 daripada 5.8964/9015 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2054/2097 daripada 3.2185/2215.

Unit tempatan itu bagaimanapun rendah berbanding euro kepada 5.0835/0900 daripada 5.0634/0694 semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2054/2097 daripada 3.2185/2215 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean.

Ini termasuk susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4921/4968 daripada 3.4903/4936 semalam dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.37 daripada 8.33/8.34.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit susutpada 299.6/300.1 daripada 299.0/299.4 dan meningkat berbanding baht Thailand pada 13.4236/4487 daripada 13.4500/4687. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...