Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan AirAsia tambah penerbangan lewat malam sempena Tahun Baharu Cina
Perniagaan

AirAsia tambah penerbangan lewat malam sempena Tahun Baharu Cina

AirAsia tambah penerbangan lewat malam sempena Tahun Baharu Cina

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (tiga,kiri) menunjukkan harga tambang murah AirAsia pada majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia di Sepang

SEPANG, 5 Januari – Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia akan menyediakan 134 penerbangan tambahan lewat malam ke tujuh destinasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata syarikat penerbangan itu akan menawarkan harga tambang rendah tetap dengan harga RM298 dan RM348 sehala bermula hari ini sehingga 15 Februari.

Beliau berkata, untuk harga RM298 ia melibatkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri, Sibu, Kuching, dan Bintulu, serta Johor Bahru ke Sibu, Miri, dan Kuching.

Manakala penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau dan juga antara Johor Bahru dan Kota Kinabalu dengan harga RM348 sehala.

\”Ini akan menjadi persaingan sihat di antara syarikat penerbangan. Usaha ini dilihat akan membantu untuk mengawal dan mengurangkan kos kepada pelanggan,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pengumuman tawaran tambang rendah tetap AirAsia untuk perjalanan sempena Tahun Baharu Cina, di sini.

Tambah Loke, AirAsia juga turut mengendalikan 408 penerbangan mingguan dengan tambang biasa ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk menyokong inisiatif kerajaan pada musim perayaan.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...