Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Industri penerbangan dijangka lebih kukuh tahun ini – Loke
Perniagaan

Industri penerbangan dijangka lebih kukuh tahun ini – Loke

Industri penerbangan dijangka lebih kukuh tahun ini – Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

SEPANG, 5 Januari – Industri penerbangan dijangka lebih kukuh tahun ini disokong oleh peningkatan penerbangan domestik dan antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif kerajaan seperti pengecualian visa pelancong China dan India turut membantu pertumbuhan sektor tersebut.

\”Perjalanan antara negara Asia menjadi lebih kukuh. Ramai pelancong yang tiba ke Malaysia bukan sahaja dari negara China dan India tetapi kita melihat pergerakan kukuh di antara negara ASEAN iaitu dari Singapura, Indonesia dan Thailand,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pengumuman tawaran tambang rendah tetap AirAsia untuk perjalanan sempena Tahun Baharu Cina, di sini.

Tambah Loke, penekanan juga harus diberikan kepada keperluan untuk menangani cabaran semasa termasuk isu aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan menambah baik kemudahan di semua lapangan terbang utama di Malaysia.

\”Di peringkat kementerian, usaha bersepadu sedang dilakukan untuk menangani cabaran ini bagi memastikan keseluruhan ekosistem penerbangan dilengkapi dengan baik untuk menyokong pertumbuhan,\” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...