Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan 1.4 juta ahli KWSP terima caruman tambahan RM500
Perniagaan

1.4 juta ahli KWSP terima caruman tambahan RM500

1.4 juta ahli KWSP terima caruman tambahan RM500

KWSP

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Seramai 1.4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur antara 40 dan bawah 55 telah menerima insentif Caruman Tambahan Kerajaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM708 juta.

Insentif tersebut dikreditkan kepada ahli yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah dalam Akaun 1, setakat 24 Februari 2023.

Insentif caruman RM500 sekali bayar itu diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2023.

Ia bagi menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan serta mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka.

Usaha tersebut sejajar matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan membina masa depan kewangan yang berdaya tahan.

Untuk maklumat lanjut tentang insentif Caruman Tambahan Kerajaan ini, ahli boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) di laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...